Memaparkan catatan dengan label SMS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMS. Papar semua catatan

Ahad, 31 Ogos 2008

BLOGGER

Penulis blog perlu profesional

KAJANG 30 Ogos - Kementerian Dalam Negeri menasihatkan penulis-penulis blog di negara ini agar bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan mereka di laman web masing-masing.Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, jika mereka tidak menitikberatkan soal kesahihan dan tanggungjawab dalam penulisan, ia bakal mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini.


Selain itu, kata beliau, penulis-penulis blog tidak sepatutnya menimbulkan ketakutan dalam masyarakat dengan penyebaran berita provokasi yang tidak berasas kerana ia boleh menghuru-harakan negara.


Jelasnya, jika penulis blog ingin mengkritik mengenai sesuatu perkara, biarlah ia sesuatu yang betul dan mempunyai alasan yang berasas serta kukuh.

"Kementerian memandang serius perkara ini kerana pelbagai amaran telah diberi kepada pengguna siber supaya jangan menyalahgunakan ruang siber untuk tujuan tertentu.


"Jika kritikan yang diberikan itu betul dan dapat membantu membangunkan negara ia sangat dialu-alukan. Tapi jika ia disalah guna dengan memfitnah atau memburukkan orang lain, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tindakan," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Menyemarakkan Semangat Merdeka di Dewan Kelab Sukan Penjara Kajang di sini hari ini.

Tambah Syed Hamid, penulis-penulis blog tidak sepatutnya menyalahgunakan kelonggaran yang banyak diberi oleh kerajaan dalam penggunaan ruang siber di negara ini.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web Malaysia Today, beliau berkata, ia merupakan tindakan yang wajar ke atas laman web tersebut.


Jelas Syed Hamid, kementeriannya tidak mempunyai kaitan dalam memberi arahan mengenai penyekatan itu.

Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam kenyataannya menegaskan, tindakan menyekat laman web Malaysia Today disebabkan artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad saw.


Syed Hamid menambah, tindakan itu wajar ekoran laman web berkenaan menimbulkan isu mengenai sensitiviti agama.

Katanya, ia juga tidak mencerminkan rasa hormat dalam soal agama dan boleh menimbulkan kekecohan serta perbalahan antara masyarakat negara ini jika isu berkenaan dipermainkan.


"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau negara Barat turut mengecam jika soal agama dipermainkan, apatah lagi kita di Malaysia.

"Oleh itu, jika seseorang individu membuat kritikan tanpa asas yang kukuh dan cuba untuk memburukkan orang lain, pasti tindakan akan diambil," katanya.

ARTICLES SOURCE: http://www.utusan.com.my

Isnin, 11 Ogos 2008

PERANGKAP SMS

Waspada perangkap SMS 'Power Root'






SMS penipu yang menjanjikan hadiah RM15,000 kini tersebar luas.


KUALA LUMPUR - "Sila bagi nombor akaun dulu, lepas tu kalau cik nak datang ke ofis saya untuk tuntut 'duit bertuah' itu, datanglah...yang penting beri nombor akaun cik sekarang."

Itulah kata seorang ahli sindiket 'Undian Bertuah Cek RM15,000 - Power Root' yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik talian Maxis secara rawak untuk menipu orang ramai.


SMS itu berbunyi: "Tahniah! Anda telah memenangi Undian Bertuah Cek RM15,000 daripada Power Root Sdn. Bhd. Sila hubungi +628161676358. Terima kasih''.

Wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pemenang telah menghubungi talian +628161676358 itu dan disambut oleh seorang yang bercakap dalam loghat Indonesia dan memperkenalkan dirinya sebagai Lukman Sahidi.

Dia terus bertanya nombor telefon wartawan Kosmo! dan dengan yakin mengesahkan ia nombor paling bertuah tanpa menyedari SMS itu sebenarnya diterima menerusi telefon bimbit lain beberapa hari lalu sebelum panggilan dibuat semalam.


Semasa berbual, dia memperincikan satu persatu mengenai pertandingan yang dianjurkan pihaknya yang kononnya ia dilakukan dengan kerjasama Hotlink Malaysia selain mendakwa sebuah bank dilantik sebagai badan yang menguruskan soal kewangan.


Lukman dengan yakin memaklumkan pejabatnya terletak di Tower 1, Jalan Ampang beroperasi 24 jam sedangkan pada hakikatnya pejabat sebenar Power Root terletak di Taman Perindustrian Tago dekat sini.



ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my