Isnin, 11 Ogos 2008

PERANGKAP SMS

Waspada perangkap SMS 'Power Root'






SMS penipu yang menjanjikan hadiah RM15,000 kini tersebar luas.


KUALA LUMPUR - "Sila bagi nombor akaun dulu, lepas tu kalau cik nak datang ke ofis saya untuk tuntut 'duit bertuah' itu, datanglah...yang penting beri nombor akaun cik sekarang."

Itulah kata seorang ahli sindiket 'Undian Bertuah Cek RM15,000 - Power Root' yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pemilik talian Maxis secara rawak untuk menipu orang ramai.


SMS itu berbunyi: "Tahniah! Anda telah memenangi Undian Bertuah Cek RM15,000 daripada Power Root Sdn. Bhd. Sila hubungi +628161676358. Terima kasih''.

Wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pemenang telah menghubungi talian +628161676358 itu dan disambut oleh seorang yang bercakap dalam loghat Indonesia dan memperkenalkan dirinya sebagai Lukman Sahidi.

Dia terus bertanya nombor telefon wartawan Kosmo! dan dengan yakin mengesahkan ia nombor paling bertuah tanpa menyedari SMS itu sebenarnya diterima menerusi telefon bimbit lain beberapa hari lalu sebelum panggilan dibuat semalam.


Semasa berbual, dia memperincikan satu persatu mengenai pertandingan yang dianjurkan pihaknya yang kononnya ia dilakukan dengan kerjasama Hotlink Malaysia selain mendakwa sebuah bank dilantik sebagai badan yang menguruskan soal kewangan.


Lukman dengan yakin memaklumkan pejabatnya terletak di Tower 1, Jalan Ampang beroperasi 24 jam sedangkan pada hakikatnya pejabat sebenar Power Root terletak di Taman Perindustrian Tago dekat sini.



ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan