Ahad, 10 Ogos 2008

GEORGIA BERPERANG

Georgia masuki fasa peperangan



IMEJ televisyen (kiri) menunjukan seorang wanita membawa bungkusan dari rumahnya yang musnah dibom di Tskhinvali, Ossetia manakala sebuah pesawat tidak dikenali menggurkan sejumlah bom di Gori, Gerogia semalam.

TBLISI – Parlimen Rusia semalam meluluskan permohonan Presiden Mikhail Saakashvili untuk mengisytiharkan negara itu berada dalam peperangan berikutan konflik Georgia dan Rusia semakin memuncak, kata para pegawai.


Saakashvili mendakwa Rusia melancarkan serangan ketenteraan berskala penuh terhadap negaranya termasuk menjadikan kepentingan awam sebagai sasaran.


Para pegawai Rusia di Moscow pula menyatakan tenteranya bertindak demikian bagi melindungi rakyatnya daripada serangan di Ossetia Selatan.

Puak pemisah di Ossetia Selatan melaporkan lebih 1,600 penduduk terbunuh manakala 90 lagi cedera di Tskhinvali sejak Rusia memasuki wilayah itu pada Khamis.

Para pegawai Georgia mendakwa Rusia menggerakkan pasukannya di Laut Hitam ke Abkhazia iaitu sebuah lagi wilayahnya.


Status ‘keadaan perang’ bukan deklarasi rasmi untuk berperang tetapi bala tentera Georgia kini menghampiri bersiap sedia untuk menanti arahan berperang.

Mandat parlimen itu merupakan kuasa tambahan yang diperoleh Saakashvili bagi menguatkuasakan perintah berkurung, mengehadkan pergerakan rakyat atau mengeheadkan aktiviti komersial.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Alexander Lomaia dalam satu sidang media berkata, bangunan kerajaan kini diletakkan dalam bersiap sedia 24 jam.


Saakashvili menggesa pemimpin Barat untuk mengenakan tekanan terhadap Rusia bagi gencatan senjata segera.

“Kami kini berhadapan tindakan jenayah dan perlakuan gila,” katanya.


Georgia yang merupakan bekas wilayah Republik Soviet adalah sekutu rapat AS tetapi negara itu mempunyai cita-cita untuk melebarkan kuasanya terhadap Ossetia dan Abkhazia yang dikuasai pemisah pro-Rusia.

Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan lebih 30,000 awam dari Ossetia memasuki Rusia sejak pertempuran bermula dua hari lalu. – Agensi



ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan