Cara baru pukau guna payung
SHAH ALAM - Kebiasaannya kerap dilaporkan seseorang dipukau menggunakan kaedah hembusan asap rokok atau berjabat tangan, tetapi lain pula halnya yang berlaku ke atas seorang pelajar wanita institusi pengajian tinggi (IPT) di sini.
Dia bagaikan terlena seketika akibat dipukau setelah seorang lelaki menggeselnya dengan sekaki payung yang kemudian duduk di sebelahnya ketika menaiki sebuah bas baru-baru ini.
"Lelaki itu kemudiannya meraba-raba paha dan tangan saya, tetapi saya hanya mampu melihatnya sahaja tanpa dapat berbuat apa- apa.
"Nasib baik seorang kawan saya yang ketika itu berdiri di belakang tempat duduk bas nampak perbuatan lelaki tua itu dan terus memanggil nama saya.
"Pada masa itulah juga saya tersedar dan lelaki itu terus cuba mengalihkan tangan kanannya yang berada di atas tangan saya," kata pelajar perempuan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.
Kata Julia, selepas mengetahui perbuatan itu disedari oleh salah seorang kawannya, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an terus bergegas melompat ke luar dari bas yang kebetulan sedang berhenti di sebuah perhentian bas di Klang.
ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my
Saya juga pernah dipukau menggunakan telefon. Pada suatu hari, saya telah ditelefon dari nombor yang saya tidak kenali. Saya menjawab panggilan tersebut. Pemanggil tersebut terus memperkenalkan dirinya sebagai orang yang hendak membantu saya dengan masalah kewangan saya. Pemanggil tersebut terus meminta nombor kad kredit saya, nombor pin dan maklumat-maklumat peribadi saya. Saya tak nak memberitahu maklumat tersebut tetapi saya tak berupaya melawan kerana saya terasa seolah-olah telah dipukau supaya memberikan segala maklumat yang dikehendaki. Akhirnya sebanyak RM590 duit saya telah dipotong melalui kad kredit tanpa kerelaan hati. Saya telah membuat laporan kepada pihak bank. Malangnya menurut pihak bank, transaksi tersebut adalah sah kerana saya telah memberikan no pin saya kepada pihak tersebut beserta maklumat peribadi. Saya diminta pihak bank supaya meminta balik daripada pihak tersebut. Pihak bank tidak dapat berbuat apa-apa. Saya kemudiannya menelefon pemanggil misteri itu semula untuk mendapatkan kembali duit saya. Setelah berkali-kali menelefon barulah panggilan saya dijawab. Pemanggil tersebut enggan memberikan semula duit saya yang telah diambil sebaliknya menyatakan bahawa saya sendiri dengan rela hati bersetuju memberikannya wang saya. Pemanggil misteri itu juga ada merakamkan segala perbualan kami beserta dengan jawapan saya yang bersetuju membuat bayaran menggunakan kad kredit kepada beliau. Saya tak dapat berbuat apa-apa kerana saya sendiri yang telah memberikan jawapan bersetuju semasa saya sedang dipukau.
BalasPadampada masa akan datang cuba amalkan bismillah sebelum jwp kol org
Padamcara menghindari pukau adalah dengan cara zikrullah secara khafi dan selawat syifa yang dawam..
BalasPadam