Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan

Isnin, 11 Ogos 2008

ROKOK BINASA DIRI

Rokok binasa diri



PESANAN kepada perokok tegar — jika sayangkan keluarga, berusahalah untuk berhenti. Jika ia terlalu sukar, langkah terbaik anda boleh lakukan ialah merokok di luar rumah supaya isteri dan anak, khususnya yang masih kecil, terhindar daripada bahaya asap rokok.


Apabila merokok, anda bukan hanya menjejaskan kesihatan diri tetapi secara tidak langsung dan tanpa disedari, asap rokok yang anda nikmati memudaratkan kesihatan orang di sekeliling, terutama ahli keluarga.

Bahaya atau kesan langsung asap rokok terlalu kerap dibincangkan dan semua orang tahu. Yang mungkin masih kurang jelas ialah kesan terhadap perokok pasif atau sekunder, iaitu orang yang tidak merokok tetapi terpaksa menghidu asap rokok.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) mendapati bukti kaitan rokok dengan kanser pada perokok aktif dan pasif.


Perokok sekunder juga berisiko mendapat kanser paru-paru pada kadar 20 peratus di kalangan wanita dan 30 peratus bagi lelaki yang tinggal serumah dengan perokok.

Perokok sekunder yang terdedah kepada asap rokok di tempat kerja juga mempunyai risiko ini pada kadar 16 hingga 19 peratus dan risikonya bertambah dengan peningkatan pendedahan kepada asap rokok.

Agensi Perlindungan Alam Sekitar California menganggarkan asap rokok menyebabkan 3,000 kematian setahun akibat kanser paru-paru di kalangan bukan perokok.



Selain itu, orang yang terpaksa menghidu asap rokok mempunyai risiko 25 hingga 35 peratus mengalami kesengsaraan akibat penyakit arteri koronari (jantung) akut. Malah, masalah pernafasan kronik banyak dilaporkan di kalangan perokok pasif.



Kesihatan kanak-kanak yang ada ibu bapa merokok di rumah juga terancam kerana terdedah kepada risiko jangkitan saluran pernafasan bawah dan otitis media (jangkitan telinga tengah), lebih kerap mendapat serangan asma serta sindrom mati mengejut di kalangan bayi.

Rokok adalah punca utama lebih 90 peratus kes kanser paru-paru, 75 peratus kes bronkitis kronik dan emfisema (paru-paru rosak) serta 25 peratus penyakit jantung.


Sebenarnya, merokok juga mendekatkan kita dengan pelbagai risiko kesihatan lain dari hujung rambut sampai hujung kaki seperti.



Kesan buruk asap rokok kepada bukan perokok:



* Rambut — berbau.

* Otak dan kesan mental — strok.

* Mata — berair dan pedih.

* Hidung — berasa tidak selesa dan rengsa.

*Pernafasan dan paru-paru — kanser paru-paru; memburukkan masalah pernafasan sedia ada seperti asma, penyakit saluran pernafasan kronik (COPD) dan emfisema.

* Jantung — melemahkan salur darah ke jantung, sakit dada dan serangan jantung.

* Rahim — bayi dilahirkan kecil (kurang berat), bayi meninggal selepas dilahirkan.




Secara global, jumlah perokok di seluruh dunia makin meningkat kerana pengaruh iklan dan kawan, walaupun pelbagai usaha kesedaran dilakukan.

Di negara kita contohnya, ada yang menyifatkan kempen kesedaran dan program anti merokok sebagai pembaziran, tetapi jika diperhalusi ia sebenarnya memberi kesan positif, terutama pada golongan muda.

Bagaimanapun, untuk melihat penurunan jumlah perokok mengambil masa lama kerana usaha berhenti merokok bukan mudah. Boleh dikatakan ramai perokok ingin berhenti, malah ada yang mencuba berkali-kali, tetapi masih gagal.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan, Dr Sallehudin Abu Bakar, keinginan berhenti merokok perlu disertakan dengan semangat kuat, kesungguhan dan sokongan keluarga serta rakan untuk berjaya.

Kajian menunjukkan perokok berumur dan ada latar belakang pendidikan baik mempunyai peluang lebih tinggi untuk berhenti merokok.

Usaha berhenti ini lebih mudah di kalangan perokok sosial yang merokok sekali sekala berbanding perokok tegar. Malah, lebih memeranjatkan ialah perokok wanita lebih sukar berhenti merokok berbanding lelaki.

Setiap tahun lebih 46 peratus perokok Amerika Syarikat cuba berhenti tetapi hanya lima peratus berjaya menahan diri daripada merokok setahun selepas mencuba.

Peratusan kejayaan sama ditunjukkan di negara yang menjalankan program kawalan tembakau seperti Kanada, Australia dan United Kingdom.

“Ada perokok berjaya berhenti dengan sekali cubaan, tetapi ramai perlu mencuba berkali-kali. Bagaimanapun, jika ada kesedaran dan keinginan berhenti, segera dapatkan bantuan kerana cubaan sendiri biasanya menemui kegagalan.



“Kini ada 294 klinik berhenti merokok di seluruh negara yang sentiasa bersedia membantu anda. Atau dapatkan nasihat doktor di klinik berhampiran supaya anda boleh dirujuk ke klinik berhenti merokok.

“Kebanyakan perokok memerlukan terapi penggantian nikotin untuk berhenti merokok. Selain itu mereka akan dibantu daripada segi kaunseling dan dipantau tiga hingga enam bulan.

“Sehingga kini seramai 3,000 perokok berjaya berhenti merokok sejak klinik itu ditubuhkan pada 2000. Secara purata, peratus kejayaan berhenti merokok sekitar 15.6 peratus,” katanya.

Ketua Program Penyedia Perkhidmatan Berhenti Merokok Bertauliah (CSCSP), Profesor Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamad, berkata ketagihan nikotin jauh lebih teruk dan sukar dihentikan berbanding ketagihan dadah seperti kokain, amfetamin dan opiat.


Ini kerana apabila nikotin memasuki otak, ia melekat pada reseptor nikotin untuk menghasilkan hormon dopamin iaitu hormon yang membuatkan seseorang berasa gembira dan puas.

Kesan ini lama kelamaan mengubah pengaturan otak yang menyangka ia memerlukan nikotin untuk membolehkan seseorang gembira.



“Dalam proses berhenti merokok, perokok akan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan emosi yang dikenali sebagai sindrom ketagihan seperti resah, kecewa, marah, sukar tidur, selera makan bertambah, emosi berubah-ubah, berasa kurang sabar dan mudah terganggu.



“Kebergantungan terhadap nikotin menyebabkan ramai terus merokok. Justeru, perokok diberi kaunseling untuk memahami masalah kebergantungan terhadap nikotin bagi meningkatkan kejayaan rawatan,” katanya.





Risiko



> Rambut berbau dan bertukar warna.

> Otak dan kesan kepada mental — strok, ketagihan, mengubah keseimbangan kimia dalam otak dan resah

> Mata — mata pedih, berair dan lebih banyak berkelip; kebutaan akibat kemerosotan makular dan katarak.

> Hidung — hilang sensasi dan kepekaan deria bau.

> Gigi — berubah warna menjadi kuning dan berkarat, plak, risiko kehilangan gigi dan penyakit gusi (gingivitis).

> Mulut dan tekak — kanser bibir, mulut, tekak dan anak tekak; sakit tekak; deria rasa berkurang dan nafas berbau.

> Kulit — berkedut dan cepat tua.

> Pernafasan dan paru-paru — kanser paru-paru; batuk berkahak, nafas menjadi pendek; mudah dapat selesema, pneumonia dan asma; penyakit saluran pernafasan kronik; penyakit tibi bertambah teruk.

> Hati — kanser hati.

> Buah pinggang dan pundi kencing — kanser.

> Sistem pembiakan lelaki — menyebabkan kecacatan sperma; kemandulan dan mati pucuk.

> Sistem pembiakan wanita — senggugut; menopaus awal; kanser serviks, kurang subur dan susah hamil.

> Luka dan pembedahan — luka lambat sembuh; lambat baik selepas jalani pembedahan.

> Kencing manis — risiko dapat kencing manis.

> Kaki — jika ada kencing manis, merokok kurangkan kepekaan kaki, penyakit salur darah.

> Tangan — kelancaran aliran darah terjejas; kuku menjadi kuning.

> Jantung — melemahkan saluran darah ke jantung; merangsang masalah salur darah tersumbat dan serangan jantung.

> Abdomen — ulser perut; kanser perut, pankreas dan usus serta salur darah bengkak.

> Tulang — osteoporosis; keretakan tulang belakang dan pinggul.

> Darah — leukemia..

> Sistem imun — jadi semakin lemah.



articles source: http://www.hmetro.com.my

Selasa, 5 Ogos 2008

CARA BARU KAEDAH PUKAU

Cara baru pukau guna payung


LAKONAN semula bagaimana seorang lelaki menggunakan sekaki payung sebelum mencabul seorang pelajar di dalam sebuah bas di Klang baru-baru ini.


SHAH ALAM - Kebiasaannya kerap dilaporkan seseorang dipukau menggunakan kaedah hembusan asap rokok atau berjabat tangan, tetapi lain pula halnya yang berlaku ke atas seorang pelajar wanita institusi pengajian tinggi (IPT) di sini.


Dia bagaikan terlena seketika akibat dipukau setelah seorang lelaki menggeselnya dengan sekaki payung yang kemudian duduk di sebelahnya ketika menaiki sebuah bas baru-baru ini.

"Lelaki itu kemudiannya meraba-raba paha dan tangan saya, tetapi saya hanya mampu melihatnya sahaja tanpa dapat berbuat apa- apa.

"Nasib baik seorang kawan saya yang ketika itu berdiri di belakang tempat duduk bas nampak perbuatan lelaki tua itu dan terus memanggil nama saya.


"Pada masa itulah juga saya tersedar dan lelaki itu terus cuba mengalihkan tangan kanannya yang berada di atas tangan saya," kata pelajar perempuan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.


Kata Julia, selepas mengetahui perbuatan itu disedari oleh salah seorang kawannya, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an terus bergegas melompat ke luar dari bas yang kebetulan sedang berhenti di sebuah perhentian bas di Klang.





ARTICLES SOURCE: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 3 Ogos 2008

PM DUKACITA

Isu Proton: PM dukacita



SHAH ALAM 2 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa dukacita dan sedih berhubung isu penyenggaraan 14 buah Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini yang dikaitkan dengan kualiti kereta nasional itu.


Perdana Menteri berkata, bukan kualiti menjadi punca masalah berkenaan, sebaliknya sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menyenggara kenderaan tersebut.

"Saya adalah peminat Proton dan sudah tentu saya dukacita dan sedih bila dengar cerita Proton di Terengganu.


"Tapi saya diberitahu ini bukan pasal Proton tak baik, tapi yang membaiki (bengkel) tak betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran pengeluaran kereta Proton ke-3,000,000 dan Minggu Teknologi Proton di sini hari ini.


Kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor dengan kos RM3.43 juta untuk Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang baru sahaja dibeli pada tahun 2004.

Pendedahan media mengenai isu penggunaan kereta mewah itu telah membawa campur tangan Badan Pencegah Rasuah (BPR), yang setakat ini menahan tiga pemilik bengkel kereta di Terengganu bagi membantu siasatan kes penyenggaraan 14 buah Proton Perdana V6 Executive kerajaan negeri berjumlah RM1.07 juta dalam tempoh empat tahun.


Kos penyenggaraan kereta nasional yang tinggi itu adalah sebab mengapa kerajaan negeri beralih kepada penggunaan Mercedes sebagai kenderaan rasmi anggota Exconya.

Isu kereta Mercedes itu turut mendorong Proton mengaudit rekod penyenggaraan semua Proton V6 Executive yang digunakan oleh kerajaan Terengganu dan Persekutuan bagi menyiasat kemungkinan berlaku penyelewengan oleh pusat servis bertauliahnya.


ARTICLES SOURCE: http://www.utusan.com.my/utusan


P/S: APA PENDAPAT ANDA TENTANG PROTON ADAKAH IANYA RELEVEN ATAU TIDAK. BAGI KOMEN KAT BAWAH ATAU E-MAIL KAT NAZA1@YMAIL.COM .... TQ

Khamis, 31 Julai 2008

PAS-UMNO BERSATU

Nik Aziz: Hudud, qisas jika PAS-Umno bersatu


Jul 30, 08 2:39pm


Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan bagi PAS jika pergabungan antara parti itu dan Umno menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Namun, bagi Menteri Besar Kelantan itu, cadangan pelaksanaan undang-undang itu yang mengikut lunas syariat Islam, akan dilakukan kemudian, selepas muqabalah (pertemuan) antara pemimpin kedua-dua parti mencapai persetujuan yang membawa kepada penubuhan satu entiti parti politik yang baru.


Sejajar dengan semangat muqabalah untuk membincangkan masa depan umat Islam di negara ini, beliau berkata perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kerjasama Umno-PAS dalam membentuk parti baru perlu berlandaskan kepada Islam, termasuk melaksanakan hukum Hudud sebagaimana ditetapkan oleh agama.

nik aziz"Yang membimbangkan saya bila kerjasama itu berlaku, ada pihak yang cuba mensabotajkan parti (gabungan PAS-Umno) dengan menganjurkan calon bebas yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Islam mengikut syariatnya bagi melawan calon kita," katanya dalam laporan Bernama.


Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan kempen derma bagi kerja-kerja mengubahsuai masjid Baraah di pusat bandar Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata berlandaskan semangat demokrasi di negara ini, semua pihak termasuk Umno, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.


"Saya hendak benar kalau orang Cina dan India kata dia tidak mahu kepada Islam. Di mana tidak kena dengan Islam, boleh tolong beritahu, kita boleh berbincang" katanya.

Namun, katanya, bagi beliau perkara yang paling penting adalah memastikan muqabalah antara PAS dan Umno dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.


Mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang menawarkan kepada PAS untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam, Nik Aziz berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur esok.


ARTICLES SOURCE: http://www.malaysiakini.com