Khamis, 4 Mac 2010

HADIS NABI

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:

Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda:

Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging.
Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan.
Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. Seandainya seseorang itu melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah kehidupannya hanya tinggal sehasta dari tempoh kematiannya, tetapi disebabkan ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Neraka sehinggalah dia memasukinya.
Begitu juga dengan mereka yang melakukan amalan ahli Neraka, tetapi disebabkan oleh ketentuan takdir nescaya dia akan bertukar dengan melakukan amalan sebagaimana yang dilakukan oleh penghuni Syurga sehinggalah dia memasukinya.

(Riwayat Muslim)

Khamis, 7 Januari 2010

CERITA KITA...........

Citer 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Citer 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja..
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Citer 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'


Citer 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk..... .... Benci .........

Citer 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 7
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

kisah 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata . Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

kisah 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

kisah 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Rabu, 6 Januari 2010

16 KATOGERI MANUSIA YANG TIDAK DAPAT MENATAP WAJAH ALLAH

Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :


إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)--- آل عمران : 77


Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya

2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.


عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره )

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :

“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”

Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina


عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم


Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:

“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”

Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5. Orang miskin yang takabbur

6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.


في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك


Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.

7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan


وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.


Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda

”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)

8. Penderhaka Ibu Bapa

Rasulullah bersabda:


عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي


Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:

“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii

9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)


عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي

10. Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.

11.Pengamal Budaya Kaum Luth


عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي


Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi

12. Pengamal Seks Abnormal

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .

13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.


عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk- nunjukan kekayaan ).

Hadith di takhrijkan oleh Muslim


14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau


المسبل إزاره المختال في مشيته


“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”

15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong


عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان


Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :

Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.

16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami


عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني


Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”




Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

Jaga diri & Berhati-hati,

Wassalam

Rabu, 22 Julai 2009

KISAH SANG ROH

Tuesday, July 14, 2009

Kisah Sang Roh


Kubur Nabi Muhammad SAWDiriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu.



Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.Firman Allah SWT bermaksud:“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”( An-Naba’: 38)



Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.



Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah.




Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan ini.Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim kami.




Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.




Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati.



Sebab luka itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.”(Yaa Siin: 79)Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu.



Cuma kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy.



Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di situ pula.Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung yang hitam di neraka.



Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.



Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat.



Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang dari berkata.Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:

1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.


2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.

3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.


4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.

5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.

6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.

7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus.



Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.



Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku.”(Yaa Siin: 79)Dila : Ya Allah tempatkan roh adikku, nenekku dan mak saudaraku dikalangan orang yang diberi rahmat. !!!



source: http://melayubestari.blogspot.com/

Khamis, 28 Mei 2009

CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT

Ahad, 12 April 2009

CARA MUDAH HAFAL AL-QURAN

Cara Mudah Hafal Al Quran (edited 19 April 08)


Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahirabbil ‘alamin
Allahumma shalli ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallim.


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, assalamu’alaikum wr wb.


Tulisan ini sudah akan saya tulis beberapa waktu lalu namun karena cukup panjang [karena memuat transkrip dari satu ceramah berdurasi 40 menit] dan saya belum mulai2 maka sampai sekarang tulisan itu belum jadi juga.


Pagi ini ketika blogwalking saya nemu postingan ini .

Maka tergerak semangat untuk berbagi kebaikan saya segera tulis ini yang merupakan pokok2 inti ceramah yang saya dengarkan di Masjid Baiturrahman Banda Aceh beberapa waktu lalu.


Ustadznya masih muda sekira 35 tahun hafal Al Quran dan beliau dari Malaysia.

Sayang saya tak sempat tahu nama beliau.


Menurut beliau jika ia tanya kepada 10 orang
“Apakah Anda bisa menghafal seluruh AlQuranulkarim 30 juz?”

maka 90% akan menggeleng dan mengatakan
“Sangat sulit saya tidak bisa!”
dan yang 10% mungkin akan menjawab:
“Mungkin bisa jika diberitahu cara2nya?


Inilah ‘intinya’ kenapa saya segera tulis postingan ini!

90% atau lebih dari kita [termasuk saya tentunya] akan mengatakan mustahil untuk bisa hafal 30 juz,

boro2 30 juz kan, juz amma [juz 30] gak apal-apal, ya kan?


Beliau melanjutkan: “Semua jawaban itu SALAH!”

“Harusnya kita katakan, insya Allah bisa!”

Kenapa karena Al Quran itu mu’jizat, dan satu2 nya mu’jizat yang wujudnya bisa kita lihat sampai sekarang.

Langsung saja: menurut beliau menghafal AlQuran itu mudah dan mungkin dilakukan oleh SIAPA SAJA.

Caranya? [siap2 menjublak karena gampangnya....;-) ]

1. Niat ikhlas menghafal AlQuran semata2 mengharap ridha Allah, kudu ikhlas benar2. “Ya Allah aku niat menghafal AlQuran 30 Juz karena memohon ridhaMu semata. Bismillahirrahmanirrahim.”


2. Al Quran hanya bisa dihafal oleh yang hatinya bersih. Supaya bersih caranya gampang. Sebelum mulai menghafal baca istighfar banyak2, mohon ampun dengan sungguh2 kepada Allah. Tidak ada manusia yang TIDAK BERDOSA, dan Allah sudah sampaikan salah satu cara menghapus dosa adalah istighfar banyak2. Minta Allah ampuni kita dan bersihkan hati kita


3. Alquran itu kita hafal bukan karena kita menghafalnya, tapi Allah yang letakkan kefahaman itu kedalam hati kita, saya ulangi: Allah yang letakkan kefahaman itu dalam hati kita. Jadi kita mohon kepada Allah agar Ia tolong kita mudah hafalkan AlQuran letakkan kefahaman itu dalam hati kita


4. Hafalkan sedikit demi sedikit, karena inilah fitrah cara diturunkannya AlQuranul karim, bukan langsung sekaligus tapi ayat demi ayat sesuai kebutuhan. Maka hafalkan CUKUP 1 ayat sehari. Baca berulang2 minimal 100x dalam sekali baca, misal habis subuh. Lalu tiap ada kesempatan baca lagi dan lagi. Kata beliau dengan cara ini nanti ayat itu akan meluncur seperti air yang mengalir.


5. Setelah beberapa hari gabung ayat2 yang sudah dihafalkan.


6. Demikian seterusnya sampai khatam seluruh AlQuran.


Pasti anda bertanya wah kalau begitu berapa lama saya akan hafal ?


Secara matematika jika seluruh ayat Al Quran berjumlah 6666 [betul ya?] berarti akan khatam kira2 18 tahun!!!

Wah lama sekali ya.

Namun kata beliau AlQuran saja genap turun kira2 23 tahun,jadi angka 18 tahun itu wajar dan ‘alamiah’.

Satu hal yang beliau sampaikan, karena alQuran itu mu’jizat, dan Allahlah yang letakkan kefahaman itu di hati kita, sesuatu yang secara normal nampak TIDAK MUNGKIN bisa MENJADI MUNGKIN.

Jika kita sudah istiqamah mempraktekkannya maka Allah akan BUKA rahasia2Nya, Allah akan tunjukkan jalan2Nya.

[Beliau sendiri mengakui baru belajar baca Al Quran ketika mulai kuliah di Inggris, kalau saya perkirakan dari usia beliau sekarang sepertinya beliau hafal jauh lebih cepat dari 18 tahun, dan menurut beliau pula 4 orang anaknya telah hafizh, 2 lagi menyusul!!! Subhanallah].


Mungkin setelah beberapa waktu, bisa saja kita mudah menghafal 5 atau bahkan 10 ayat sehari?


Jadi kuncinya:

niat ikhlas

istighfar sungguh

minta tolong Allah fahamkan
sedikit demi sedikit

diulang-ulang

istiqamah dan shabar.


Demikian, sahabat2 yang dirahmati Allah, semoga manfaat.
Bagilah informasi ini ke sebanyak mungkin teman.

Link ke post ini [he he biar blognya dibaca banyak orang]
Selamat mempraktekkan.

Semoga Allah mudahkan jalan kita untuk dapat menghafal Al Quran, memahaminya, mencintainya dan menjalankannya dalam kehidupan kita sehari-hari. Amin.


———————-Karena kemuliaan dan kesucian Al Quran hendaklah kita sangat memperhatikan dengan benar adab atau tatacara dan sikap perilaku kita ketika membacanya.

Sila rujuk ke posting sahabat ORido di artikel berjudul

Adab Membaca Al-Quran.

Wass wr wb.,


source: www.dsusetyo.wordpress.com

Selasa, 31 Mac 2009

Warna asap petanda kesihatan enjin

Warna asap petanda kesihatan enjin

Oleh Mohd Razlan Salleh
mrazlan@nstp.com.my



RAMAI pemilik kenderaan terutama berenjin petrol kurang menyedari atau tidak mengambil peduli mengenai asap dimuntahkan kenderaan mereka.

Sama ada asap hitam seperti kenderaan diesel atau asap putih seperti motosikal dua lejang, pemilik kenderaan seolah-olah menganggap ia perkara biasa yang akan hilang dalam tempoh tertentu.


Tahukah anda asap dari muncung ekzos sebenarnya memberi gambaran ada perkara tidak kena pada enjin jentera mereka?

Asap dikeluarkan ekzos berpunca daripada pembakaran bahan api bercampur udara dalam enjin.

Bagaimanapun, asap dikeluarkan itu tidak sama antara satu kenderaan dengan kenderaan lain, bergantung pada tahap kerosakan enjin serta kecekapan pembakaran bahan api berkenaan.

Secara umum, setiap warna asap menunjukkan tanda prestasi enjin kenderaan, sama ada asap atau karbon yang keluar itu disebabkan pembakaran minyak keterlaluan atau kerosakan sistem enjin.

Biasanya, apabila kenderaan mengeluarkan terlalu banyak asap, anda sering menganggap ia berpunca daripada minyak pelincir yang turut hadir dalam pembakaran minyak.

Bagaimanapun, keadaan itu mungkin juga berpunca daripada masalah pada komponen kenderaan lain seperti karburator, sistem penalaan dan jenis minyak pelincir tambahan.

Dari segi mekanikal, jika warna asap itu kebiruan dan sedikit, bermakna proses pembakaran sempurna, tetapi jika kekuningan atau coklat, ia menunjukkan campuran petrol yang masuk dalam sistem pembakaran terlalu sedikit.

Apabila warna asap menjadi putih kebiruan pula, kemungkinan besar minyak pelincir turut terbakar.

Keadaan itu ada kaitan dengan kerosakan omboh, gelang omboh, dinding silinder dan injap yang mungkin berpunca akibat kekurangan pelincir sehingga menyebabkan geseran.

Sekiranya keadaan itu berlaku, pemilik tidak perlu bimbang kerana kenderaan masih boleh digunakan.

Pemilik kenderaan hanya perlu menambah minyak pelincir selang beberapa hari bergantung kepada jarak perjalanan.

Satu cara mengatasinya adalah dengan melakukan baik pulih pada enjin atau mengganti enjin kenderaan bagi menghilangkan terus masalah berkenaan.

Ini kerana kos menggantikan keseluruhan komponen enjin lebih tinggi berbanding menggantikannya dengan enjin terpakai atau 're-cond.'

Bagi kenderaan mengeluarkan asap hitam, ia berpunca daripada campuran petrol lebih tinggi dalam udara.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan terasa lebih berat dan lambat memecut walaupun pedal minyak sudah habis ditekan.

Bagi masalah itu, pemilik dinasihatkan memeriksa penapis udara atau menukarnya jika perlu kerana ia mungkin tersumbat disebabkan kotoran atau habuk pada bahagian injap udara dan karburator.

Selain itu, kebocoran pada gasket enjin turut menyebabkan minyak mengalir keluar dan terbakar sehingga mengeluarkan banyak asap serta mewujudkan ruang yang boleh dimasuki air ke ruang pembakaran minyak.

Asap putih disebabkan minyak pelincir berbeza dengan asap putih disebabkan campuran wap air.

Jika asap putih disebabkan pelincir, ia biasanya disebabkan masalah pembakaran dan berbau petrol.

Penyelarasan perlu dibuat pada karburator atau sistem penalaan bagi memastikan kadar bahan api dan udara memasuki ruang pembakaran pada jumlah tepat.

Bagaimanapun, jika asap masih keluar selepas membuat penyelarasan, pemilik perlu mendapatkan bantuan mekanik bagi mengenal pasti kerosakan dan membaikinya terutama karburator.

Kerosakan atau penyelarasan karburator tidak tepat boleh menyebabkan kadar bahan api dan udara yang memasuki ruang pembakaran tidak seimbang, jika minyak berlebihan akan mengeluarkan asap hitam.



SOURCE: MYMETRO ONLINE

Khamis, 5 Mac 2009

TOYOL 2

Definisi “ilmu kebatinan Melayu” begitu subjektif dan luas yang tidak dapat saya huraikan dalam ruangan ini. Memang benar sebahagian daripada ilmu tersebut melibatkan makhluk halus atau jin.


Menurut pemahaman umum orang Melayu, perkataan “toyol” itu selalunya dirujuk kepada makhluk seperti kanak-kanak kecil daripada golongan jin, yang dibela oleh manusia, untuk mencuri benda-benda tertentu terutama duit.


Makhluk ini akan mencuri sebahagian daripada wang milik seseorang.Misalnya, kalau seseorang itu mempunyai wang 10 keping, ia mungkin mencuri sebahagian, sekeping atau dua keping. Toyol merupakan panggilan yang wujud dalam masyarakat Melayu sahaja dan tidak wujud dalam pemahaman bangsa-bangsa lain.


Nama ini tidak wujud dalam al-Quran atau hadis-hadis, sama seperti perkataan hantu raya, polong, pelesit dan sebagainya.Penglibatan manusia dengan jin-jin boleh berlaku melalui menuntut ataupun dengan kaedah warisan (saka).


Memang ada kaedah tuntutan khusus membolehkan seseorang itu berdampingan dengan makhluk-makhluk ini, iaitu melalui guru. Sesetengah orang mempelajari ilmu kebatinan, dengan bertapa dan sebagainya tetapi akhirnya didampingi oleh makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin.


Hal demikian mungkin berlaku di luar pengetahuan orang berkenaan.Orang yang mendampingkan diri dengan makhluk-makhluk halus semata-mata melalui warisan ataupun didampingi dengan cara menuntut dan menurunkan ilmu yang dimiliki itu kepada waris berikutnya, maka ilmu itu juga termasuk dalam kategori saka.


Kerana itu sekiranya ilmu yang dimiliki itu melibatkan jin, yang dinamakan “toyol” oleh orang Melayu, maka hal demikian dapat menjawab soalan saudara menyatakan “toyol” itu boleh dimasukkan dalam saka.


Makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin bukan hanya berupaya mencuri satu atau dua keping daripada jumlah 10 keping wang kertas milik manusia, tetapi ia boleh melakukan lebih daripada itu dengan izin Allah s.w.t.


Makhluk ini boleh menerbangkan manusia dari satu tempat ke satu tempat dengan kaedah-kaedah tertentu. Di dalam al-Quran (an-Nam: 39) dijelaskan tentang kekuatan jin ifrit untuk menerbangkan singgahsana Ratu Balqis ke hadapan Nabi Sulaiman sebelum baginda berganjak dari tempat bersemayam.


Hal demikian menjelaskan bahawa makhluk ini bukan setakat berupaya mengalihkan benda-benda besar dan berat, tetapi berupaya melakukannya dalam masa singkat.Apabila Allah menjadikan Adam, Allah memerintahkan para malaikat agar sujud menghormati kejadian Allah, iaitu Nabi Adam.


Semua malaikat sujud kecuali iblis yang takbur, merasakan dirinya lebih mulia (al-Baqarah: 34). Lalu Allah melaknat iblis dan ia termasuk dalam golongan kafir dan akan dimasukkan dalam neraka.Iblis merasakan bahawa kemurkaan Allah itu berpunca daripada Nabi Adam (al-A’raf: 15). Daripada peristiwa itu bermulalah permusuhan iblis dan konco-konconya terhadap Adam dan keturunannya.


Iblis bersumpah akan menyesatkan semua manusia di muka bumi ini kecuali hamba yang ikhlas di kalangan mereka (al-Hijr: 39-40). Dalam al-Quran dijelaskan bahawa jin itu ada yang Islam dan ada yang kafir (al-Jinn: 14-15). Kerana itu, sekiranya toyol yang mendampingi manusia itu kafir, termasuk dalam golongan jin yang berusaha menyesatkan manusia, maka makhluk ini tidak boleh disuruh atau makhluk ini akan hanya melakukan sesuatu yang pada mulanya baik tetapi akhirnya akan menghela orang yang terlibat itu ke ambang neraka jahanam.


Allah memberi amaran bahawa iblis dan syaitan itu hanya menyeru pengikut- pengikutnya untuk menjadi penghuni neraka. Allah memberi amaran kepada manusia agar mereka tidak terpedaya oleh syaitan (al-A’raf: 27). Dalam keadaan apa sekalipun, manusia hendaklah menganggap makhluk ini sebagai musuh (Fatir: 6).


Sesetengah orang beranggapan bahawa orang yang berdampingan dengan makhluk ini boleh memerintah atau menyuruh makhluk ini melakukan sesuatu. Hakikat sebenar adalah sebaliknya. Orang yang berdampingan dengan makhluk-makhluk ini adalah manusia yang lemah, menganggap bahawa makhluk ini berkuasa melakukan sesuatu menyebabkan orang yang terlibat menyandarkan harapan kepadanya.


Padahal manusia sepatutnya mengharapkan sesuatu kepada Allah, menyandar dan menyerah diri atau bertawakal kepada-Nya, kerana hanya Allah yang berkuasa dan kekal.Tempat meminta pertolongan lumrahnya dianggap lebih tinggi daripada orang yang memohon.


Kerana itu apabila manusia meminta pertolongan kepada makhluk ini, bererti orang berkenaan menganggap makhluk itu lebih dihormati atau ditakuti, padahal darjah manusia itu lebih mulia di sisi Allah daripada makhluk tersebut, kerana manusia adalah khalifah di bumi kecuali yang menafikan tanda-tanda kebesaran Allah.


Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk mengambil ikhtibar daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah.


Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi (al-A’raf: 179).Iblis dan syaitan sebenarnya takutkan manusia, seperti manusia takutkan mereka. Rasulullah pernah memberitahu Sayidina Omar bahawa iblis dan syaitan lari kepadanya.


Kewujudan makhluk yang dinamakan “toyol” dalam masyarakat Melayu merupakan sesuatu yang misterious, yang banyak tidak diketahui umum hakikatnya, sesuai dengan namanya “makhluk-makhluk halus” atau “makhluk-makhluk ghaib”. Malah manusia sendiri tidak minat mengkaji hakikatnya.


Walaupun demikian, kejadian-kejadian yang dikaitkan dengan makhluk ini membuktikan seolah-olah makhluk ini sebenarnya wujud.Banyak orang mengadu kehilangan wang, tetapi tidak ada tanda-tanda kehilangan itu dicuri manusia atau kecuaian sendiri. Kehilangan ini melibatkan orang miskin, Islam, orang baik-baik dan sebagainya.


Kenapa wang mereka mesti dicuri? Kenapa tidak dicuri wang mereka yang terlibat dengan penyelewengan berjuta-juta ringgit atau institusi kewangan yang besar-besar?Makhluk ini juga ada kalanya mengganggu tetangga, saudara sekampung dan sebagainya.


Sebagai manusia waras mendampingi makhluk seperti ini, adakah tergamak orang yang menyuruh makhluk “belaannya” itu berbuat demikian? Sesungguhnya hal demikian membuktikan, mereka yang terlibat di bawah kuasa makhluk berkenaan, tidak berupaya mengawal makhluk tersebut.


Sesetengah orang yang terlibat dengan makhluk ini tidak berupaya “melepas” diri daripada cengkaman makhluk berkenaan. Sekiranya ia mendapat wang ataupun lain- lain imbuhan hasil daripada penglibatan makhluk tadi tidak akan dapat menikmati kehidupan seperti manusia biasa.


Iblis dan syaitan mempunyai keupayaan untuk menipu, menghasut dan menyakiti manusia dengan izin Allah. Namun hal-hal seperti ini bukan matlamat utama, kerana makhluk ini akan dimasukkan ke neraka. Puncak kejayaan iblis dan syaitan ialah apabila manusia menggunakan makhluk ini untuk menyakiti atau mengganggu manusia yang mungkin membawa maut.


Dari sinilah lahirnya amalan sihir, di mana manusia menggunakan iblis dan syaitan untuk mengganggu orang lain. Sihir tidak berlaku kecuali dengan penglibatan makhluk halus.Manusia yang mengambil nyawa orang lain bukan cara yang hak tempatnya adalah dalam neraka jahanam.


Allah amat murka dan melaknat orang yang berkenaan.Membunuh atau mengambil nyawa orang lain bukan semestinya berlaku dengan tembakan atau parang, tetapi juga dengan amalan sihir.

TOYOL

Salam

TOYOL : Ada yang percaya toyol berasal dari makhluk kecil yang dihasilkan olehbomoh ilmu hitam melalui fetus manusia. Toyol boleh dibeli daripada bomoh itu.Biasanya toyol digunakan untuk mencuri wang.

Ia mesti diberi makan darah ayam jantan. Ia disimpan di dalam balang yang disorokkan di tempat gelap.Ada yang mengatakan toyol perlu diberi makan beberapa titik darah dari tuannya sendiri daripada ibu jari tangan atau kaki setiap kali bulan mengambang.Toyol digunakan untuk mencuri, sabotaj dan melakukan jenayah ringan.

Ia boleh menyelinap di mana sahaja termasuk bilik yang berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja.

Perangai toyol macam budak kecil yang suka dibelai dan sukakan manisan dan permainan.Untuk menghindar toyol, letakkan sejenis permainan (ketam) dengan wang yang disimpan. Toyol akan leka bermain dan terlupa tugasnya.


Kacang hijau juga boleh ditabur di kawasan rumah kerana toyol akan leka mengutip biji-biji kacang itu.wasalam

Khamis, 8 Januari 2009

Tanda-Tanda Kematian

Tanda-Tanda Kematian  


100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya
akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma
samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut
sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika

diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka
getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang
munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka
malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.


7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-
tiba
ianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini
juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit
hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita
melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang
terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke
bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput
kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.


source: www.mail-archive.com

Sabtu, 27 Disember 2008

LELAKI

Lelaki, makanlah banyak sayur

Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Adakah ini petanda masanya sudah tiba untuk mereka mengubah tabiat pemakanan?




LELAKI dan wanita sememangnya berbeza. Bukan sahaja dari segi gender, penampilan, perilaku dan reaksi malah, juga dari aspek pemakanan.

Satu kajian baru yang melibatkan lebih 14,000 peserta dari 10 negeri di Amerika mendapati, pengambilan makanan berdaging adalah lebih tinggi di kalangan lelaki.

Kaji selidik yang berlangsung menerusi panggilan telefon ini turut mendedahkan wanita mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka.

Piza beku, burger beku dan makanan-makanan Mexico adalah antara makanan pilihan kaum lelaki. Pun begitu, mereka masih cenderung mengambil sayuran seperti asparagus, brussel, kacang pea, kacang tanah dan pucuk-pucuk sayur.

Selain itu, lelaki juga lebih gemar mengambil makanan stik yang tidak masak sepenuhnya, burger dan makanan bertelur. Makanan-makanan ini biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi dan berpotensi membuatkan anda jatuh sakit.

Wanita sebaliknya lebih kerap mengambil tunas-tunas alfalfa mentah yang pernah dikaitkan dengan keracunan makanan kira-kira 15 tahun lalu.

Keprihatinan kaum wanita terhadap kesihatan dengan mengambil makanan yang menyihatkan turut dibuktikan dalam satu kajian baru oleh Yayasan Majlis Maklumat Pemakanan Antarabangsa (IFIC).

Pengambilan makanan sihat bukan hanya untuk mengekalkan tahap kesihatan secara menyeluruh malah bagi memperbaiki rasa kenyang dan keadaan sistem pencernaan mereka.

Menurut Pengarah Kesihatan dan Nutrisi Yayasan IFIC, Wendy Reinhardt Kapsak: "Tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita tentang pandangan terhadap jenis makanan yang diambil. Memang jelas mereka mempunyai tahap keutamaan dan keadaan berbeza yang mempengaruhi tabiat pemakanan dan nutrisi mereka."

Keperluan nutrisi wanita adalah lebih unik dan bukan sahaja berbeza daripada lelaki. Tambahan pula, keadaan ini juga berubah sepanjang kehidupan mereka.

Bermula dari zaman remaja, wanita lebih memberi tumpuan kepada makanan yang kaya dengan kalsium, vitamin D dan menyediakan satu pemahaman asas terhadap pengamalan tabiat yang baik.

Ini kemudiannya berterusan kepada pengambilan antioksida pada usia 20-an dan 30-an sebelum menjadikan kesihatan jantung satu keutamaan sebelum mencecah 40 tahun ke atas.


LELAKI lebih gemar mengambil makanan yang terdedah kepada risiko pencemaran tinggi seperti stik separuh masak dan burger.


Dalam pada itu, seorang pakar diet bertauliah, Dr. Chris Mohr yang telah mengarang ratusan artikel mengenai tahap kecergasan dan nutrisi kaum lelaki berkata: "Saban kali dalam sesuatu masyarakat, kita sering terlebih makan tetapi masih tidak memperoleh nutrisi mencukupi."

"Pengambilan nutrien yang betul sememangnya boleh memberi kesan kepada perasaan, tahap tenaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit sepanjang hidup anda. Berikan perhatian kepada sayuran dan buah-buahan termasuk makanan tinggi serat dan lemak omega-3 adalah penting untuk mengoptimumkan kesihatan dan kecergasan anda."

Sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk badan. Vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jadi, mengapa lelaki memerlukan hidangan sayuran dan buah-buahan yang lebih banyak berbanding golongan Hawa?

* Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Malah, lelaki juga mencatatkan kadar kematian lebih tinggi untuk sesetengah jenis penyakit berbanding wanita.

* Lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung mendapat kanser paru-paru, satu kali ganda memperoleh penyakit jantung dan kanser kolorektal.

Oleh itu, biarpun sebab utama lelaki lebih cenderung memakan asparagus berbanding wanita belum dapat dijelaskan, sekurang-kurangnya kajian ini membawa satu mesej penting. Lelaki mungkin perlu mengubah gaya pemakanan mereka mulai hari ini.

Maklumat lanjut, layari laman web www.medicalnewstoday.com


SOURCE:  KOSMO ONLINE

Rabu, 26 November 2008

Ujian HIV selepas kahwin

Ujian HIV selepas kahwin


PASANGAN pengantin disarankan menjalani ujian HIV - Gambar hiasan


SETIAP pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga hanya bersandarkan kepada kekukuhan cinta dan perjanjian untuk setia sehingga ke akhir hayat. Selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan, mereka juga menghadiri kursus perkahwinan.

Namun begitu, di sebalik rasa teruja untuk berkahwin, masih ramai pasangan mengambil sikap sambil lewa untuk menjalani pemeriksaan ujian darah HIV. Barangkali mereka beranggapan pasangan masing-masing sentiasa sihat.

Presiden Majlis Aids Malaysia, Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman berkata, golongan dewasa yang aktif melakukan hubungan seks mesti mengetahui status kesihatan diri masing-masing pada setiap masa. Katanya, jangan disebabkan kerana mahu mendirikan rumah tangga maka barulah mereka tergesa-gesa melakukan pemeriksaan doktor.

"Setiap orang perlu memahami dan menyedari bahawa kehadiran virus HIV memerlukan ujian pada peringkat awal. Ini kerana langkah berjaga-jaga dan rawatan dapat dilakukan bagi mengurangkan kemungkinan pasangan dijangkiti.


ADEEBA KAMARULZAMAN


Menurutnya, bagi memastikan kewujudan virus HIV, satu ujian darah boleh dijalankan iaitu ujian antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA, Aglutinasi Partikel. Ujian-ujian ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital kerajaan atau swasta.

"Ujian HIV dapat mengenal pasti kewujudan virus dalam darah, seawal dua minggu selepas jangkitan, tetapi tubuh mungkin mengambil masa enam bulan untuk mengeluarkan antibodi secukupnya. Purata masa yang diambil ialah 25 hari.

"Pemeriksaan ini wajib dilakukan oleh setiap pasangan yang mahu berkahwin kerana ia sangat relevan. Malah, pihak berkuasa sendiri mendapati kadar jangkitan dalam kalangan wanita semakin bertambah. Justeru, inisiatif ini sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan kadar jangkitan tersebut," katanya kepada Kosmo!.

Beliau menambah: "Tetapi, masih terselit keburukannya dalam mewajibkan ujian HIV kerana ia bukanlah satu cara yang efektif untuk jangka panjang. Alasannya, pemeriksaan sebelum berkahwin tidak dapat menjamin risiko jangkitan HIV, selagi wujud mereka yang melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan mereka dijangkiti HIV/AIDS.

"Pemeriksaan HIV juga perlu dilakukan selepas berkahwin," jelas Ketua Penyakit Berjangkit, Bahagian Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya itu.

Menurut Dr. Adeeba, sekiranya terdapat pasangan yang ingin meneruskan perkahwinan, walaupun salah seorang daripada mereka disahkan menghidapi HIV, mereka dibenarkan untuk meneruskan perkahwinan.


MASYARAKAT masih mendiskriminasi pesakit HIV.


Bagaimanapun, katanya, pasangan pengantin tersebut perlu memahami cara HIV merebak dan mengetahui langkah-langkah yang perlu dielakkan.

"Mereka yang menjalani ujian HIV perlu mendapat kaunseling sebelum dan selepas ujian ini supaya mereka dapat memahami, membincangkan kaedah pencegahan dan jika perlu, berbincang mengenai pilihan rawatan.

"Salah satu langkah bijak untuk menyelamatkan pasangan atau cahaya mata dijangkiti HIV ialah menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan intim. Tanpa perlindungan, HIV boleh dipindahkan daripada ibu kepada bayi ketika hamil, sakit bersalin atau menyusukan bayi.

"Jangan memperlekehkan pengambilan ubat kerana sekiranya ubat antiviral tidak diberikan, bayi yang dilahirkan oleh si ibu yang positif HIV berisiko dijangkiti sehingga 30 peratus," katanya.

Namun, jangkitan daripada ibu kepada anak boleh dibendung dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu, melahirkan bayi secara pembedahan dan memberi anak susu formula. Dengan ini, risiko bayi dijangkiti HIV dapat dikurangkan sebanyak lima peratus.

Jelas Dr. Adeeba, pengambilan ubat bukan sahaja perlu dilakukan sebelum melahirkan anak tetapi individu yang menghidap HIV disarankan menjalani rawatan susulan secara berterusan.

Selain itu, beliau juga melahirkan kebimbangan mengenai perihal stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap golongan yang hidup dengan HIV.

Ini kerana, langkah mewajibkan ujian ini dilakukan akan menyebabkan para petugas klinik atau pegawai kesihatan mengetahui maklumat peribadi pasangan pengantin yang dijangkiti penyakit HIV. Kesannya, bukan sahaja pasangan pengantin dipandang serong malah ahli keluarga mereka turut menerima tempias yang sama.


KONDOM perlu dipakai ketika melakukan hubungan seks bagi pasangan yang menghidap HIV.


"Tetapi ini tidak bermakna kami membantah pemeriksaan ini, malah pihak Majlis AIDS Malaysia, kami menyokong saringan HIV diperluaskan dalam kalangan rakyat Malaysia sejajar dengan bantuan rawatan HIV yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Namun ketelusan maklumat dan kepakaran khidmat nasihat bagi individu yang hidup dengan HIV secara amnya masih boleh dipersoalkan dan perlu dipertingkatkan. Sebuah badan AIDS di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, UNAIDS dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan saringan HIV dibuat secara sukarela dan sulit serta diiringi kaunseling yang dilaksana secara profesional oleh pegawai perubatan atau kaunselor terlatih" kata Adeeba.

Sila rujuk Guideline for Anonymous and Voluntary HIV Screening yang diterbitkan oleh cawangan AIDS/STD, Kementerian Kesihatan Malaysia.



SUMBER: http://www.kosmo.com.my

Ahad, 26 Oktober 2008

MODEL HIBRID

Pengeluar fokus model hibrid

Oleh Mohd Razlan Salleh 
mrazlan@hmetro.com.my 





KRISIS kelembapan ekonomi dunia tidak mengganggu kelancaran Pameran Motor Paris 2008 (Paris Motor Show) memperagakan beberapa model konsep dan jentera terbaru untuk pasaran global.

Pameran selama 15 hari bermula 4 hingga 18 Oktober lalu itu berjaya dengan penyertaan lebih 360 kenderaan dari 25 negara.


Malah, kegawatan tidak melemahkan semangat 1.43 juta peminat kenderaan seluruh dunia hadir di pameran itu.

Kenderaan mesra alam terus mendapat perhatian selain jentera yang menggunakan enjin lebih berkuasa, aerodinamik dan berteknologi tinggi.

Kebanyakan pengeluar kenderaan dunia kini lebih memberi fokus kepada pengenalan model hibrid, berkuasa elektrik dan penjimatan minyak melalui penggunaan bahan bakar alternatif selain petrol.

Sebanyak 20 kenderaan konsep dipamerkan di Pusat Ekspo Porte de Versailles, Paris yang anjurkan Organisation Internationale des Constructeurs d'Automobiles, Perancis.

Antaranya model konsep yang mendapat perhatian terdiri daripada Audi A1 Sportback, BMW X1, Chevrolet Orlando, Citroen GT, C-Cactus Hybrid dan Hypnos, Honda Insight, Lamborghini Estoque.

Maserati GranTurismo MC, Mazda Kiyora, Mercedes-Benz Concept, Mini Crossover, Nissan Nuvu, Peugeot Prologue dan Peugeot RC, Pininfarina B0, Renault Ondelios dan Z.E, Saab 9-X Air BioHybrid dan Ssangyong C200.

Audi A1 Sportback adalah kenderaan konsep generasi kedua yang dipamerkan di pameran kali ini.

Kenderaan lima pintu itu hasil kejayaan pembangunan projek khas yang dikenali sebagai 'Metroproject Quattro'.

Ia dijana enjin hibrid yang dipadankan bersama enjin petrol 1.4 L klac berkembar menjadikan pertambahan kuasa sebanyak 27 kuasa kuda (bhp) daripada enjin asal.

A1 Sportback mencatatkan masa 7.9 saat untuk jarak 62 batu sejam (mph) apabila kuasa elektrik memacu roda hadapannya.

Citroen GT adalah model terbaik hasil kerjasama Citroen dan pengeluar simulasi perlumbaan terkenal Jepun, Polyphony Digital.

Jentera seberat 1,400 kilogram (kg) itu menggunakan sel bahan api sebagai nadinya menghasilkan 780 bhp daripada empat motor elektrik yang terdapat pada enjinnya.

Selain itu, model Citroen C-Cactus dicipta berdasarkan konsep pokok kaktus yang boleh hidup tanpa perlu menerima air yang banyak.

Ini terbukti apabila C-Cactus hanya memerlukan bahan bakar serendah 3.4 liter untuk jarak perjalanan sejauh 100 kilometer (km).

Honda Insight generasi kedua adalah antara model yang menjadi pertaruhan Honda untuk pasaran Eropah.

Model itu memerlukan 3.53 liter bahan bakar untuk perjalanan sejauh 100 km dan lebih menjimatkan daripada model Civic Hybrid yang menggunakan 5.88 liter bahan api untuk jarak perjalanan sama.

Bagi penggemar Ferrari, pelancaran California dijangka mendapat sambutan hangat berikutan ia satu-satunya model kenderaan mewah itu dengan tempat duduk lebih luas.

California dijana enjin 4.3 L V8 yang menghasilkan 453 kuasa kuda dengan klac berkembar tujuh kelajuan. Model ini adalah yang pertama menggunakan sistem suntikan terus petrol.

Keseluruhannya, pameran motor tertua (pertama kali diadakan pada 1898) itu memberi keyakinan semula kepada pengguna kemampuan dan keprihatinan pengeluar automotif dunia yang peka dengan kepupusan bahan bakar dan cenderung menggunakan bahan alternatif mesra alam.


SOURCE:  MYMETRO ONLINE
KRISIS kelembapan ekonomi dunia tidak mengganggu kelancaran Pameran Motor Paris 2008 (Paris Motor Show) memperagakan beberapa model konsep dan jentera terbaru untuk pasaran global.















Selasa, 14 Oktober 2008

GEJAL DEMAM TIFOID

Gejala demam tifoid

# Demam (39 hingga 40° Celsius)

# Badan terasa lemah

# Sakit kepala

# Sakit perut

# Hilang selera makan

# Cirit-birit (kanak-kanak)

# Sembelit (orang dewasa)

Diagnosis, komplikasi dan rawatan

Diagnosis tepat boleh dilakukan dengan dua cara iaitu ujian kultur darah (pada minggu pertama selepas demam) atau kultur najis. Bagaimanapun, cara ini jarang dilakukan kerana ia tidak praktikal.

Menurut Dr Lim, komplikasi demam tifoid jarang berlaku. Kebanyakan pesakit segera berjumpa doktor kerana gejala demam tifoid menyebabkan mereka berasa lemah, tidak bertenaga, sakit perut dan kepala sehingga menjejaskan aktiviti harian.

Namun jika dibiarkan dan tidak mendapat rawatan segera, demam tifoid boleh menyebabkan:

# Pendarahan usus

# Penembusan usus (usus menjadi bocor atau berlubang)

# Peritonitis (keradangan membran yang mengalas abdomen)

# Renjatan (bagi kes serius)

# Kematian (bagi kes serius)

“Kematian akibat demam tifoid tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh dirawat dengan mudah melalui pengambilan antibiotik seperti ampicilin, trimethorprim-sulfametahoxale dan ciproflaxin.

“Pesakit akan menunjukkan kesan positif dalam masa dua hingga tiga hari selepas mengambil antibiotik. Pesakit yang gagal mendapat rawatan pula boleh mengalami demam sehingga berbulan lamanya.

“Jangkitan bakteria demam tifoid tidak hilang walaupun gejalanya tiada. Penyakit boleh muncul kembali dan berjangkit kepada orang lain,” katanya.

Selain mengamalkan kebersihan ketika menyedia, memasak dan menyimpan makanan, penyebaran bakteria ini boleh dihentikan melalui pengambilan vaksin.

Ketika ini pengambilan vaksin diwajibkan ke atas semua pengendali restoran atau gerai makanan. Namun, masalah boleh timbul kerana banyak pengusaha mengambil pekerja sambilan yang tidak mendapat suntikan vaksin tifoid.

Malah, kita juga perlu lebih berhati-hati apabila membeli juadah berbuka kerana risiko mendapat jangkitan bakteria S typhii sentiasa ada. Beli makanan daripada gerai bersih dan penjualnya turut mengambil langkah dalam memastikan juadah dijualnya selamat iaitu menggunakan bekas makanan bertutup, senduk bersih dan berasingan bagi setiap jenis makanan serta tidak mengambil makanan (contohnya kuih) dengan tangan.

Jika anda diserang demam tifoid dan mendapat rawatan, beberapa langkah penting perlu dipatuhi iaitu:

# Habiskan semua antibiotik yang diberi mengikut jadual

# Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas keluar dari tandas

# Elak memasak atau menghidang makanan kepada orang lain untuk mengurangkan risiko jangkitan

# Buat pemeriksaan sampel darah atau najis bagi memastikan bakteria S typhii tiada lagi dalam badan anda



Cara mengelak demam tifiod:

# Elak makanan dan minuman berisiko tinggi dapat membantu anda daripada penyakit cirit-birit, kolera dan hepatitis A

# Beli air minuman yang dimasak atau dibotolkan

# Makan makanan yang dimasak saja dan ketika masih panas

# Elak makan sayur-sayuran mentah atau buah-buahan yang tidak dikupas kulit.

# Elak membeli makanan daripada warung tepi jalan, terutama berhampiran lalu lintas yang sibuk. Kebanyakan demam tifiod membabitkan makanan atau minuman yang dijual secara terbuka di tepi jalan

# Kupas buah atau sayur selepas mencuci tangan dengan sabun

# Elak minuman berais kerana bimbang sumber air yang digunakan untuk membuat ais itu tercemar. Bakteria ini boleh hidup lama di dalam persekitaran sejuk

# Pengendali, pengusaha dan pekerja restoran perlu mendapatkan suntikan pencegahan demam tifoid setiap tiga tahun. Suntikan ini juga perlu jika anda mahu melancong ke negara yang banyak kes demam tifoid (sekurang-kurangnya seminggu sebelum berangkat). 



SOURCE:   http://serikasih.blogspot.com

Khamis, 2 Oktober 2008

KERETA HIBRID LEBIH MAHAL

Kereta hibrid lebih mahal



HONDA Insight dengan enjin hibrid.

WALAUPUN menjimatkan penggunaan minyak, kereta hibrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan. 

Antara faktor halangan utama adalah harga yang lebih mahal kerana kereta hibrid mempunyai banyak komponen, berbanding sistem konvensional. Kebanyakan komponen adalah elektronik yang kompleks, terutama sistem kawalan. 



Sebuah kereta hibrid Honda dengan enjin kapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000.


Perbezaan harga yang besar ini kerana reka bentuk kereta hibrid yang kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan. 

Bolehkah kos kereta hibrid dikurangkan? Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, percaya ini boleh dilakukan dengan penggunaan komponen elektronik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi kerajaan. 

Katanya, ini memerlukan penyelidikan rapi oleh pengeluar kenderaan dalam usaha menembusi pasaran di dunia.

Penggunaan kereta hibrid tidak terlepas daripada kontroversi kerana isu alam sekitar akibat penggunaan bateri sistem hibrid. 



Ketika ini, kereta hibrid menggunakan dua jenis bateri, iaitu nikel logam hidrid (nickel metal hydride) dan lithium ion. Walaupun kurang toksik berbanding yang berasaskan plumbum, bateri hibrid tetap dianggap berbahaya. 

Selain itu, teknologi hibrid masih baru dan memerlukan pengujian rapi serta masih kurang pusat servis yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan. 

Ketika pengeluar kereta gergasi dunia berlumba-lumba memajukan kereta hibrid, pengeluar kereta kecil, termasuk Proton, menghadapi cabaran sama ada turut mengeluarkan kereta ini atau terus ketinggalan.

Dr Azhar berkata, cabaran pengeluar kereta kecil untuk menghasilkan teknologi hibrid adalah kos pelaburan yang tinggi, keperluan tenaga pakar penyelidikan dan suatu jangka masa untuk melihat hasil penyelidikan tercapai. 

Walaupun prototaip kereta hibrid berjaya dihasilkan, katanya pembinaan kilang mengeluarkan kereta hibrid memerlukan pelaburan besar dan rangkaian vendor yang banyak. 



“Kita perlu ingat bahawa terdapat banyak pihak yang melaburkan wang berbilion ringgit untuk menghasilkan sistem hibrid yang boleh diguna secara komersil seperti General Motor, Chryesler, Toyota, Honda, Ford dan Citreon.

Usaha Proton untuk bersaing dalam teknologi dan pengeluaran kereta hibrid ibarat perlumbaan Formula One. Pelumba yang handal tidak mencukupi, tetapi memerlukan sokongan kewangan dan kerja berpasukan yang kukuh serta dedikasi. 

Persoalan pokok kepada pengeluar tempatan adalah bersediakah mereka menceburi arena ini atau sekadar cukup dengan permintaan tempatan sedia ada? 



KERETA ELEKTRIK 

Kereta yang menggunakan motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan. Sumber tenaga elektrik diperoleh dari bateri dalam kereta itu. Sumber lain yang berpotensi ialah dari fuel cell dan tenaga suria. Motor elektrik yang sering digunakan sekarang adalah dari jenis motor arus ulang-alik (AU). Kebelakangan ini, motor yang menggunakan magnet kekal juga popular kerana kos magnet kekal yang semakin menurun dan kualiti semakin meningkat. 

Prof Madya Dr Nik Rumzi Nik Idris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata secara ringkas, kereta elektrik bergerak apabila motor elektrik menghasilkan daya kilas dan ya memutarkan tayar.

 

Katanya, kelajuan dan kuasa pemacuan kereta elektrik adalah berdasarkan kelajuan atau daya kilas motor elektrik. Pengawalan daya kilas atau kelajuan motor boleh dilakukan secara cekap dan pantas menggunakan penukar elektronik kuasa. 

“Apabila pemandu menekan pedal pemecut, pengawal akan memberikan isyarat kepada penukar elektronik kuasa untuk membekalkan arus atau voltan kepada motor yang berkadaran dengan tekanan kaki yang dikenakan pada pedal. 

“Kuasa yang digunakan untuk membrek boleh dikembalikan untuk mengecas bateri. Ini bermakna tenaga untuk membrek tidak akan hilang sebagai haba seperti kereta biasa,” katanya. 

Beliau berkata, penggunaan tenaga kereta elektrik lebih cekap kerana motor elektrik serta penukar elektronik kuasa boleh mencapai kecekapan hingga 90 peratus, berbanding enjin kereta pembakaran bahan api yang biasanya mempunyai kecekapan 20 peratus. 

Selain itu, katanya kos penyelenggaraan lebih rendah kerana tidak membabitkan penukaran minyak enjin, brek dan ekzos. Namun kos bateri adalah agak tinggi dan jangka hayat bateri haruslah panjang untuk memastikan bateri tidak perlu selalu ditukar. 



HYDROFUEL 

Hydrofuel yang dihasilkan sebuah syarikat tempatan, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI), adalah formula penjimatan bahan api hingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama petrol. 

Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah. 

Memperjelaskan teknologi itu, katanya: ”Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama petrol ketika melalui injektor kereta. 



"Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar," katanya 

Pengguna Hydrofuel hanya perlu memastikan sebuah air sebuah tong berkapasiti lima liter mencukupi. Setiap tong membolehkan penggunaannya bertahan hingga 2,000 kilometer. 

Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan.


SOURCE:   BERITA HARIAN ONLINE

Isnin, 29 September 2008

SONY ERICSSON C702

Gaya hidup aktif


TEKSTUR yang selesa untuk digenggam.


SONY ERICSSON, baru-baru ini, telah menampilkan dua model terbaru dalam rangkaian Cyber-shotnya yang popular. Salah satunya ialah C702 Cyber-shot.

Dari segi rekaan, ia nampak teguh dan kelihatan 'berat', tetapi sebaik sahaja tangan mencapainya, ia tidaklah seberat yang disangka. Beratnya cuma 105 gram dan ia selesa untuk dibawa.


Seperkara lagi yang menarik untuk diperkatakan tentang binaannya ialah material belakangnya. Teksturnya yang selesa digenggam, tidak licin dan tidak mungkin dikotorkan dengan cap jari.


IA sesuai dibawa walau dalam pelbagai keadaan cuaca.


Bersifat kalis curahan air dan debu, ia membolehkan anda merakamkan gambar dalam kebanyakan situasi yang mungkin anda tidak boleh melakukannya sebelum ini. Anda juga tidak perlu bimbang soal cuaca atau mengambil gambar di kawasan yang berdebu. Nyata sekali, ia pilihan bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif. Ia dijuruterakan untuk membolehkan anda merakam foto di lebih banyak tempat dan keadaan.

C702 direka untuk membolehkan anda mengambil gambar dari pelbagai arah menerusi kamera 3.2 megapikselnya. Kekunci kamera dan penutup lensanya direka khusus dan terletak pada kedudukan yang membolehkan anda menstabilkan kamera, lalu memudahkan rakaman gambar dengan satu tangan.


C702 Cyber-shot mengintegrasikan sistem pengesanan kedudukan global (GPS) dengan rangkaian khidmat pengimejan berasaskan lokasi yang benar-benar menambah dimensi baru dalam rakaman dan pengurusan gambar. Apabila anda merakam gambar, maklumat tentang di mana anda berada akan secara automatik ditambah pada imej tersebut.


Jika anda sesat dalam perjalanan, Google Map for Mobilememberikan lokasi dan memandu anda ke tempat yang ingin dituju. Dengan itu, ia membolehkan anda bertebaran sebebasnya dengan rasa yakin. Gunakan GPS untuk menentukan lokasi anda dan kemudian dapatkan panduan selekoh demi selekoh bersuara ke destinasi anda.


Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu biru cyan dan hitam. Ia mempunyai memori bina dalam 150 Megabait dan dilengkapi dengan slot memori luaran yang boleh menampung memori sehingga 4 Gigabait.


SOURCE:  KOSMO ONLINE

Sabtu, 27 September 2008

MITSUBISHI LANCER

Aura generasi ke-10




Bertindak selaku jentera sedan sport kompak, model yang dikenali dengan kod nama Evolution atau lebih dikenali sebagai Evo ini sememangnya menandakan satu evolusi kejayaan buat Mitsubishi dalam penghasilan jentera berkuasa tinggi.

Pada asalnya, model ini hanya dibina oleh pihak Mitsubishi Motors untuk pasaran domestik Jepun. Namun, ia terus mendapat sambutan hangat di United Kingdom dan negara-negara Eropah sekitar lewat tahun 1990-an. Biasanya, model-model ini dibawa masuk oleh grey importer.


Kemudian, Mitsubishi mengambil keputusan untuk mengeksport generasi kelapan Evo ke pasaran Amerika mulai tahun 2003, setelah melihat kejayaan model WRX keluaran Subaru di sana.

Jentera Evo sebelum ini dibangunkan daripada model sedan versi V yang melayakkan Mitsubishi untuk menyertai kelas Group A dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) dan kejohanan SCCA Pro Rally.




Bagi memenuhi peraturan yang telah ditetapkan, Evo menggunakan platform yang sama dengan model Lancer. Namun, persamaannya hanyalah dari aspek unibody, sedangkan jentera Evo jauh lebih berkuasa menerusi aplikasi enjin turbocharged bersesaran dua liter yang dipadankan dengan sistem pacuan keempat-empat roda (AWD), tahan lasak dan menerima pelbagai talaan khas.


Pengaruh model Lancer Evo ini cukup kuat, tidak terkecuali dalam kalangan peminat kereta di Malaysia. Bagi mereka yang sanggup berhabis sehingga ratusan ribu ringgit, mendapatkan sebuah model Evo pastinya satu 'pencapaian hidup' yang begitu membanggakan.

Namun, bagi golongan biasa yang hanya mempunyai mimpi untuk memandu sebuah Evo, jalan paling mudah dan murah ialah melakukan ubahsuai pada model Proton Wira.

Bagi membuatkan Wira itu kelihatan seperti sebuah Evo, bermacam-macam ubahsuai boleh dilakukan sehinggakan pada satu tahap, penulis tidak sanggup lagi melihatnya.

Kasihan, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan apabila menjadi warganegara yang menerima cukai kenderaan antara tertinggi di dunia.


Menyedari minat pengguna terhadap model Evo yang tidak pernah berkurang, pengedar sah jenama itu, Mitsubishi Motors Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model terbaru edarannya, Lancer Evolution.




Tidak mahu menjadi sekadar model facelift, Lancer Evolution yang merupakan generasi ke-10 dalam keluarga Evo ini menerima platform dan enjin serba baru, selain reka bentuk lebih baik untuk bahagian dalaman serta luarannya.

Ingin memberi maklum balas kepada kehendak pasaran yang mahukan reka bentuk lebih menarik, keluasan kabin dan tahap keselamatan terbaik, model ini turut menampilkan rekaan yang membawa aspek aerodinamik ke satu tahap baru.

Dilengkapi dengan teknologi kejuruteraan automotif terkini, Lancer Evolution ini menggunakan enjin penuh kuasa dan ringan yang dikenali dengan kod 4B11.

Bersesaran dua liter, lengkap dengan sistem MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve-Timing Electronic Control), enjin blok aluminium Twin Scroll Turbocharged ini berupaya menghasilkan kuasa sehingga 291bhp atau 295 PS dan tork maksimum 366Nm.


"Dengan pengalaman dalam perlumbaan selama tiga dekad, Lancer Evolution baru ini sememangnya mewakili model utama Mitsubishi Motors, selain menjadi simbol kepada DNA Mitsubishi dalam dunia pemotoran.

"Para jurutera Mitsubishi Motors telah cuba sedaya upaya untuk menyeimbangkan reka bentuk dan fungsinya, di samping mengekalkan warisan sebuah Evolution," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Keizo Ono.


Buat pertama kalinya juga, kotak gear automatik enam kelajuan Twin Clutch SST dipasangkan pada model Lancer Evolution. Kotak gearautomated manual ini menggabungkan antara prestasi enjin dan kemudahan mengaplikasikan gear automatik.


PAPARAN meter yang ringkas dan informatif.


Ia menggunakan ciri dual klac untuk memberikan proses penukaran gear lebih lancar, tanpa perlu berkompromi terhadap tujahan kuasa dan aspek penjimatan minyak.

Kotak gear ini juga membolehkan pemandu memilih antara tiga mode kawalan iaitu normal, sport dan s-sport bagi memenuhi keperluan pemanduan yang berbeza.

Jadi, 'nikmat' memandu jentera berkuasa ini bukan terhad kepada peminat tegarnya sahaja, malah teknologinya membuka peluang buat pasaran yang lebih luas.

Mitsubishi mahu menjadikan Lancer Evolution sebagai sebuah jentera yang pantas, selamat dan selesa dipandu. Justeru, model ini dipadankan dengan sistem AWD yang memperkenalkan dimensi baru antara ciri kelajuan, kawalan dan keselamatan.

Dinamik pemanduan jentera ini pula disumbang oleh sistem S-AWC (Super All Wheel Control). Sistem kawalan dinamik kenderaan termaju ini mengintegrasikan pengurusan beberapa sistem lain termasuklah ACD (Active Centre Differential), AYC (Active Yaw Control), ASC (Active Stability Control) dan Sport ABS (Sport Anti-lock Brake System) untuk memberikan kawalan yang terbaik di jalan raya.


Sebagai salah satu DNA dalam penghasilan jentera Mitsubishi Motors, para juruteranya telah mereka semula sistem suspensi buat Evo ini.

Hasilnya, sistem ini dilengkapi dengan brek-brek ventilasi berjenama Brembo, pegas gegelung Eibach bersama penyerap hentakan Bilstein dan rim aloi BBS ringan bersaiz 18 inci. Manakala roda hadapannya menggunakan sistem suspensi topang MacPherson dan suspensi jenis multi-link untuk roda belakangnya.

Penumpang tidak perlu bimbang apabila berada di dalam kabin Lancer Evolution. Ini kerana kerangkanya dibina di atas struktur RISE (Reinforced Impact Safety Evolution) binaan Mitsubishi.


Sebagai perlindungan tambahan, model ini didatangkan bersama sistem tujuh beg udara SRS, selain penggunaan tali pinggang keledar ELR dengan ciri pra-regangan dan pengehad tolakan.


MODEL ini turut didatangkan dengan sunroof.


Manakala lampu HID (High Intensity Discharge) dan sistem lampu (Adaptive Front Lighting System) hadir sebagai ciri standard pada Lancer Evolution.

Bahagian kabin model ini memberi penekanan terhadap aspek ergonomik, di samping rekaan papan pemuka yang ringkas dan kemas.


Didominasi dengan warna hitam, pemandu pastinya tersenyum apabila dipeluk oleh tempat duduk kulit dari Recaro, ketika dihiburkan menerusi sistem audio premium Rockford Fosgate.

Ditawarkan pada harga RM 315,436.10 seunit (tanpa insurans), Mitsubishi Motors Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 50 unit Lancer Evolution menjelang akhir tahun ini. Terdapat tiga warna untuk dipilih iaitu putih, hitam atau merah.


SOURCE:  KOSMO ONLINE